DescriptionRegister Today! Profile Home Archive Album Friends DashboardManager Add Blog Post Manage Categories Edit Template Choose New Template Recent Entries- entah - pilihanraya ke 12 - sebulan - kurang tidur - termangu Categoriesanakbuku umum Friendsaiechomeyllbeelove lollies mamarawks mosh ondeonde bbd oflionandbear dory futuredoc lazydaisy elisataufik gartblue |
pengorbanandulu-dulu aku selalu diberitahu, samada oleh mak ayah, orang lebih tua, atau akhir-akhir ini kawan-kawan sebaya, yang menjaga anak itu memerlukan pengorbanan yang besar. ya aku tahu itu. aku faham. dan aku juga boleh merasa bagaimana pengorbanan tersebut. merasa dalam erti kata membayangkan bagaimana rasanya. tapi benar bagai dikata. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
walaupun dia tidak begitu meragam yang pelik-pelik, tetapi menjaganya tetap juga menjadi cabaran kepada aku dan umi. maklumlah segala-galanya baru. walaupun ramai orang dikeliling untuk membantu, tapi setakat mana sangat mereka boleh lakukan. hampir keseluruhannya perlu dibuat oleh aku dan umi. tidak melampau jika aku katakan yang setiap kali dia menangis, ada saja perkara baharu yang aku dan umi pelajari. macam mana tangisnya bila dia lapar. macam mana tangisnya bila dia perlu tukar lampin. kenapa dia tersedu-sedu. berapa banyak susu yang perlu diberi setiap kali. berapa kerap. dan macam-macam lagi. segala-galanya memberikan pelbagai cabaran dan dugaan. dan terus-terang aku katakan, segala-galanya adalah indah. 3:11 PM - 24-Jan-2008 - post comment
Post Comment
|
|||||
EFX2 Template Design © WelshPixie | ||||||
abdullah fahkri is indeed now sumber ilham ayah dan ummi.
perkara lain nampak macam tak penting dah sekarang kan? yang penting abdullah fakhri saja. kalau kat tempat kerja, teringat-ingat..mesti cepat2 je nak balik.
wait till his ummi dah habis pantang dan masuk kerja balik..seksa ummi!
ondeonde - 4:06 PM - 24-Jan-2008