al-fatihah

Posted in umum
semalam aku terima berita mengejutkan dari teman. Ustaz Ishak Baharom, bekas mufti selangor meninggal dunia. innalillahi wainna ilaihi rojiuun! terus aku teringat zaman-zaman sekolah dulu. khamis malam jumaat. mesti duduk depan peti tv. semata-mata nak tengok rancangan yang aku rasa sukar jugak anak-anak muda sekolah tengok. rancangan forum hal ehwal islam. ketika itu pengerusinya adalah Datuk Hassan Ali. bersama dengan panel-panel lain seperti Datuk Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus. begitu menarik sekali kupasan-kupasan yang diberikan. dengan contoh-contoh yang dekat dengan diri aku. mudah sangat untuk faham.

memang satu kehilangan yang amat besar pada negara. allahyarham memang seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi. dan beliau tidak simpan apa-apa. semua ilmunya dikongsi dengan jujur dan ikhlas. memang jawapannya kepada persoalan yang diberikan penuh dengan fakta yang benar dan jujur ikhlas. itu yang aku suka tentangnya. sememangnya satu kerugian pada negara.

petang itu ketika sedang memilih-milih barang disebuah kedai, radio yang terpasang menyiarkan satu lagi berita. satu pemanggil ke stesen radio menyatakan sedih kerana loloq meninggal hari itu. suara radio yang sayup-sayup saja kedengaran menyebabkan aku tidak dapat mendengar dengan jelas. namun pagi tadi di radio ketika dalam perjalanan ke pejabat, memang sah loloq meninggal. hari ini siaran radio tersebut akan memainkan lagu-lagu tulisannya saja sebagai tanda memperingati. rupanya dia telah lama sakit dan semalam koma terus meninggal.

begitulah kita. mati datang dengan tiba-tiba. tidak kira kita siapa. jadi selalulah ingat akan mati. hiduplah untuk dunia seolah-olah akan hidup selamanya, tapi hiduplah untuk akhirat seolah-olah akan mati sebentar lagi. al-fatihah untuk kedua mereka.

8:01 AM - 31-Jan-2008 - post comment

inna lillahi wainna ilahi raa'ji'uun..

che abang balik dari masjid malam tadi mengkhabarkan berita yang sama dan masjid di kediaman saya ni telah mengadakan majlis tahlil malam tadi buat ustaz ishak baharom.

bagi seorang yang tinggi ilmunya serta jujur lagi ikhlas dalam menjalankan tugas, memang satu kerugian buat kita semua...tak lama dulu saya juga tersentap bila ustaz sulaiman endut pulang kerahmatullah.

bagi saya dua insan ini merupakan insan yang amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan pada mereka.

Alfatihah juga buat loloq, anak2 yang di tinggalkan masih kecil dan masih perlukan kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Semoga isteri dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

ondeonde - 8:32 AM - 31-Jan-2008

inna-lillahi. al-fatehah

mosh - 11:37 AM - 31-Jan-2008

OO: betul tu. memang terasa kehilangan.

mosh: amin!

abi - 12:25 PM - 31-Jan-2008

inna-lillahi. al-fatehah.

gartblue - 11:19 AM - 4-Feb-2008

Post Comment


From:
   
Registered User: [ login / signup ]
Subject:
Message:

 
 



Last Page | Next Page

EFX2 Template Design © WelshPixie