DescriptionRegister Today! Profile Home Archive Album Friends DashboardManager Add Blog Post Manage Categories Edit Template Choose New Template Recent Entries- entah - pilihanraya ke 12 - sebulan - kurang tidur - termangu Categoriesanakbuku umum Friendsaiechomeyllbeelove lollies mamarawks mosh ondeonde bbd oflionandbear dory futuredoc lazydaisy elisataufik gartblue |
termangusejak dari dulu lagi, aku memang ada sedikit masalah untuk menerima kenyataan. bukan kenyataan negatif tapi kenyataan positif. aku berjaya dapat semua A dalam semua peperiksaan besar sekolah. tapi kenyataan itu seolah-olah seperti mimpi sahaja. seakan-akan tidak benar berlaku. tidak mungkin berlaku pada diri aku. hinggalah sekarang ini, masalah itu masih lagi belum hilang. aku tak pasti apakah ini masalah besar atau cuma aku sahaja yang menganggapnya masalah.
setiap peristiwa yang berlaku pada diriku seolah-olah mimpi sahaja. terutama peristiwa yang merubah hidupku. tahun 2005 aku mendirikan rumah tangga. rasa aku beberapa bulan juga aku masih tidak dapat menerima hakikat yang disebelah aku setiap hari tidur nyenyak itu adalah isteri aku. tidak disangka aku ada orang yang menyayangi. kadang-kadang bila aku pandang dia sedang membuat kerja rumah dari kejauhan, terdetik dihati, apakah ini semua benar? aku bukan bermimpi lagi. sekarang rasa itu sudah tiada lagi. hakikat aku beristeri sudah diterima akal. setahun selepas kahwin aku pindah masuk rumah sendiri. rumah yang dibina hasil usaha bersama. walaupun telah lebih setahun tinggal di rumah sendiri, aku kadang-kadang masih tidak percaya itu adalah rumah aku. terkadang rasa seperti kekok untuk mengubah atau mencantikkan rumah kerana terasa rumah itu bukan milik aku. berkali-kali aku pahatkan dalam kepala bahawa itu rumah aku, itu rumah aku. tapi kenyataan itu terlalu besar untuk diterima bulat-bulat dalam sekelip mata. dan yang terbaru. setiap kali memangku dia, terasa seolah-olah aku memangku anak orang lain. seperti yang aku biasa lakukan. memangku anak-anak saudara aku yang berbelas-belas itu. bila aku pandang wajahnya, dengan matanya yang terkebil-kebil dia memandang aku seolah-olah memberitahu, ini anak abi. ya betul ini anak abi. bukan anak orang lain. hingga saat ini, aku masih lagi terpinga-pinga seperti baru keluar dari kurungan yang panjang, melihat alam yang disiram cahaya mentari ceria. aku sudah mempunyai zuriat. ALHAMDULILLAH! 8:15 AM - 5-Feb-2008 - post comment
Post Comment
|
|||||
EFX2 Template Design © WelshPixie | ||||||
cukup mencabar juga situasi sebegini..
tapi saya rasa elok juga. supaya lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberi-Nya.
aiechomeyll - 8:39 AM - 5-Feb-2008