DescriptionRegister Today! Profile Home Archive Album Friends DashboardManager Add Blog Post Manage Categories Edit Template Choose New Template Recent Entries- entah - pilihanraya ke 12 - sebulan - kurang tidur - termangu Categoriesanakbuku umum Friendsaiechomeyllbeelove lollies mamarawks mosh ondeonde bbd oflionandbear dory futuredoc lazydaisy elisataufik gartblue |
kurang tidurhari ini sudah masuk minggu yang keempat hidup aku diubah oleh dia. perubahan yang kadang-kadang terlalu mendadak untuk aku terima dan biasakan diri. yang paling pasti berubah adalah waktu tidur. sehingga hari ini, aku tidak pernah dapat tidur yang lena untuk tempoh lebih dari 3 jam secara berterusan. paling lama ialah 3 jam tanpa gangguan. selepas itu, dia akan mula merengek-rengek minta susu. walaupun penat dan mengantuk, tapi aku tidak pernah nak berkira dengan ummi. giliran siapa yang bangun buat susu. giliran siapa yang patut layan dia. kadang-kadang sepanjang malam aku yang jaga. kadang-kadang ummi yang jaga. kebiasaannya bergilir-gilir.
memang benar bagai dikata oleh banyak orang. seminggu dua pertama memang dia kurang meragam. tunggu selepas hampir sebulan dan ke atas. ya betul. sejak dua tiga hari ini, banyak sungguh ragamnya. malam sudah kurang tidurnya. setiap sejam sekali dia bangun untuk menyusu. aku tak tahu samada tak cukup kenyang atau apa. yang pasti, aku dan ummi sedang dalam proses membuat ujikaji untuk menentu-ukur banyak mana susu setiap kali dia minum yang boleh membuat dia kenyang. walau bagaimanapun, penat dan letih hilang begitu sahaja bila aku lihat wajah dia yang tersenyum ketika dia tidur lena. manis sekali senyumnya. semalam ummi beri laporan. dia sudah pandai ketawa mengekek. mata masih pejam, mulut mengukir senyum, ketawa kedengaran. kerugian bagi aku kerana terlepas saat itu. 9:59 AM - 6-Feb-2008 - post comment
Post Comment
|
|||||
EFX2 Template Design © WelshPixie | ||||||
ummi tak fully breast feed?
babies ni macam tulah...orang tua bilang nak beralih bulan..3 bulan lain, 4 bulan lain..
ondeonde - 10:58 AM - 6-Feb-2008