sebulan

Posted in anak
hari ni genap dia sebulan. cepat sungguh masa berlalu. tadi pergi ke klinik untuk suntikan Hepatitis B dos kedua. ramai orang di klinik. lama juga tunggunya. nasib baik sepanjang masa tu dia tidur saja. cuma penat pangku. kebas rasa tangan. doktor periksa perkembangannya. semuanya alhamdulillah normal. berat naik 1kg. panjang bertambah 4cm. tiada tanda-tanda demam atau selsema. secara amnya, dia sihat.

beberapa persoalan diajukan pada doktor. dia kerap kali juga seolah-olah tercekik. seperti ada sesuatu tersekat ditekak. mahu diluahkan tidak berjaya. kata doktor itu mungkin lendir-lendir masa lahir yang belum habis lagi keluar. paru-parunya kata doktor bersih. tiada sebarang bunyi. ketika tidur dia suka mendongakkan kepala. kadang-kadang hingga 90 darjah. doktor kata tak elok biarkan. nanti pembetukan kepala tak sempurna. senget sebelah. kalau boleh cuba alihkan dan urut sebelah lehernya. ini kerana ketika dalam rahim, kerana saiz agak besar, dia terpaksa menyesuaikan dirinya dengan keadaan sempit. hasilnya kepala didongakkan. jadi kerana terbiasa begitu, otot-otot sebelah leher jadi tegang bila kepala diluruskan. dia juga sekarang kurang berak. kadang-kadang hanya sekali saja sehari. kata doktor baguslah. itu tandanya dia sudah boleh mengawal waktu bila untuk berak. dan sekarang dia akan ada waktu biasa dia akan berak.

selain itu tiada lagi sebarang masalah. alhamdulillah dia sihat sahaja. walaupun semalam dia tidak tidur langsung dari tengah malam hinggalah ke pagi. terpaksa dipangku. tidak mahu diletakkan di atas tilam. hasilnya, hari ini aku seperti mayat hidup saja. anggota badan bergerak, tapi otak sedang tidur. aku sedang bermimpi menulis blog ketika ini.

3:58 PM - 11-Feb-2008 - post comment

bangun abi, bangun!

tapi kan mothers are better at adapting to no-sleep than fathers are .. kenapa agaknya?

gartblue - 4:32 PM - 11-Feb-2008

to answer gart's question, it is due to evolutionary reasons that women are much more well-suited to cope with interrupted sleep than men. tak jumpa lak nak carik article kat dalam bbc news tu....

mosh - 4:44 PM - 11-Feb-2008

kesian. pening2 lalat je ek.

lactating women have a different sleep cycle. hormones help!

futuredoc - 7:36 PM - 11-Feb-2008

gartblue: hoh! sapa kejut ni? hehe...

mosh: evolution? cari sampai dapat. kalau tak kenyataan tak boleh diterima pakai. :)

futuredoc: i do think lactating is the main reason.

abi - 8:06 AM - 12-Feb-2008

mana gi komen I?

waduh abi ni bapa mithali in the making. bagus sungguh. anak pun mesti bonding sungguh dengan ayahnya.

eh encik abi, baru bangun tiddur ke. air liur meleleh lagi tu. ahaks

lollies - 8:19 PM - 12-Feb-2008

Post Comment


From:
   
Registered User: [ login / signup ]
Subject:
Message:

 
 



Last Page | Next Page

EFX2 Template Design © WelshPixie