DescriptionRegister Today! Profile Home Archive Album Friends DashboardManager Add Blog Post Manage Categories Edit Template Choose New Template Recent Entries- entah - pilihanraya ke 12 - sebulan - kurang tidur - termangu Categoriesanakbuku umum Friendsaiechomeyllbeelove lollies mamarawks mosh ondeonde bbd oflionandbear dory futuredoc lazydaisy elisataufik gartblue |
entahsudah beberapa hari aku mencuba untuk masuk ke efx2blog tapi gagal. beberapa hari juga aku cuba untuk kemaskini blog gagal. banyak yang ingin diceritakan. ada kisah tentang dia. ada kisah tentang ummi dan abi. juga ada kisah panas tentang PRU 2008.
cerita tentang dia. semakin hari dia kelihatan semakin cerdik. ada saja benda baharu yang dipelajari. sekarang ini dia sudah mula mengeluarkan suara seolah-olah menegur kita yang sedang bercakap-cakap. rutin hariannya pun juga berubah. tidurnya kurang sangat di siang hari. terutama petang. tapi satu perkara menyenangkan juga kerana malamnya dia tidur lena sehingga pagi. alhamdulillah. cumanya yang aku sedikit bimbang, minumnya banyak. secara purata 1oz/jam. biasanya waktu menyusu akan sela 3-4 jam sekali. bimbang terlebih susu. tapi kesian melihat dia merengek-rengek lapar. kenduri aqiqah dia selamat dilakukan hujung minggu yang lalu. datuknya menaja penuh majlis. maklumlah cucunya yang pertama. seekor lembu tumbang walaupun hanya perlu dua bahagian sahaja. dua kawah besar gulai daging, 9 gantang beras jadi nasi bersama kerabu perut dua besen besar habis dimakan oleh tetamu yang hadir. kira-kira 400 orang. walaupun kata datuknya, tidaklah menjemput ramai orang cuma menelefon mana-mana yang dapat sahaja. ramai sekali orang kampung yang hadir. termasuklah calon yang berhormat kawasan. bersalaman dengan aku sambil berkata, baliklah mengundi nanti. insyaAllah, kata aku. kepala dia juga telah pun dibotakkan. 3/4 oleh neneknya dan yang selebih oleh aku. mulanya tidak berani tapi bila lihat mudah saja perlakuan neneknya, aku cuba. memang mudah pun. seperti mencukur janggut sendiri sahaja. apatah lagi guna pun pisau cukur jenama yang sama. licin botak kepalanya menambahkan lagi nampak rupanya yang bulat. semakin kacak. ramai yang terpikat. kata datuknya, cukur kepala itu perlu. buang rambut yang asal dari dalam perut. bersihkan kulit kepala sekali. nanti akan tumbuh yang lebih cantik. aku tahu ramai yang tidak berbuat demikian. alasannya rambut asal cantik dan lebat. dia juga begitu. lebat halus sekali rambutnya. tapi kerana sunat dicukur, ambillah pahalanya. bercerita tentang ini mengingatkan aku yang rambut itu perlu ditimbang. seberat rambut itu dinisbahkan pada harga emas dah disedekahkan nilaiannya pada orang yang memerlukan. nampak pada gayanya mungkin dua atau tiga ratus juga. tidak mengapa, sedekah itu kan dapat pahala. 12:10 PM - 26-Feb-2008 - post comment
Post Comment
|
|||||
EFX2 Template Design © WelshPixie | ||||||
alhamdulillah selesai kenduri aqiqah yang macam kenduri kawen saja tu hehehehe...itu menunjukkan ramainya kenalan kita dan betapa ramai orang sudi hadir di majlis kita..syukur.
oh, semua anak2 kami, saya cukur sendiri jugak hingga licin!
mana gambarnya?
ondeonde - 1:40 PM - 26-Feb-2008