DescriptionRegister Today! Profile Home Archive Album Friends DashboardManager Add Blog Post Manage Categories Edit Template Choose New Template Recent Entries- entah - pilihanraya ke 12 - sebulan - kurang tidur - termangu Categoriesanakbuku umum Friendsaiechomeyllbeelove lollies mamarawks mosh ondeonde bbd oflionandbear dory futuredoc lazydaisy elisataufik gartblue |
pilihanraya ke 12pagi tadi SPR telah buat pengumuman. pilihanraya umum ke 12 akan diadakan pada 8 Mac 2008. kali ini kiranya kali kedua aku akan mengundi. apa yang dipangkah usah ditanya. masing-masing punya hak untuk memilih. pilihan hati masing-masing. yang pasti ialah kita ramai-ramailah keluar mengundi untuk memilih wakil yang boleh membawa suara kita kepada pihak yang berwajib.
SELAMAT MENGUNDI
3:52 PM - 14-Feb-2008 - comments {5} - post commental-fatihahsemalam aku terima berita mengejutkan dari teman. Ustaz Ishak Baharom, bekas mufti selangor meninggal dunia. innalillahi wainna ilaihi rojiuun! terus aku teringat zaman-zaman sekolah dulu. khamis malam jumaat. mesti duduk depan peti tv. semata-mata nak tengok rancangan yang aku rasa sukar jugak anak-anak muda sekolah tengok. rancangan forum hal ehwal islam. ketika itu pengerusinya adalah Datuk Hassan Ali. bersama dengan panel-panel lain seperti Datuk Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus. begitu menarik sekali kupasan-kupasan yang diberikan. dengan contoh-contoh yang dekat dengan diri aku. mudah sangat untuk faham.
memang satu kehilangan yang amat besar pada negara. allahyarham memang seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi. dan beliau tidak simpan apa-apa. semua ilmunya dikongsi dengan jujur dan ikhlas. memang jawapannya kepada persoalan yang diberikan penuh dengan fakta yang benar dan jujur ikhlas. itu yang aku suka tentangnya. sememangnya satu kerugian pada negara. petang itu ketika sedang memilih-milih barang disebuah kedai, radio yang terpasang menyiarkan satu lagi berita. satu pemanggil ke stesen radio menyatakan sedih kerana loloq meninggal hari itu. suara radio yang sayup-sayup saja kedengaran menyebabkan aku tidak dapat mendengar dengan jelas. namun pagi tadi di radio ketika dalam perjalanan ke pejabat, memang sah loloq meninggal. hari ini siaran radio tersebut akan memainkan lagu-lagu tulisannya saja sebagai tanda memperingati. rupanya dia telah lama sakit dan semalam koma terus meninggal. begitulah kita. mati datang dengan tiba-tiba. tidak kira kita siapa. jadi selalulah ingat akan mati. hiduplah untuk dunia seolah-olah akan hidup selamanya, tapi hiduplah untuk akhirat seolah-olah akan mati sebentar lagi. al-fatihah untuk kedua mereka. 8:01 AM - 31-Jan-2008 - comments {4} - post commentaku dan dia 4 : PermulaanBab 4
pembedahan kecil itu mencapai kejayaan besar. dia melalui fasa pemulihan dengan tabah sekali. walaupun beberapa kali sebelum pembedahan doktor mengatakan tidak perlu masuk wad kerana hanya pembedahan kecil. datang pagi, bedah tengah hari, petang sudah boleh pulang. tapi oleh kerana dia kekurangan sel darah merah, kesan bius tahan lama. dia sukar untuk berdiri tanpa terhoyong-hayang. jadi, terpaksa tinggal di wad semalaman. pembedahan satu cerita. apa yang dikeluarkan ketika pembedahan, itu satu kisah yang lain. kesemuanya adalah ketumbuhan, atau dengan kata lain tidak sepatutnya berada di dalam badan. kemungkinan setiap ketumbuhan itu adalah sel kanser yang baru membiak tetap ada. kerisauan masih belum sirna. hinggalah kepada lawatan susulan selepas pembedahan. doktor mengatakan ujian ke atas semua bahan itu tidak menunjukkan sekelumit tanda kanser. satu berita yang menyenangkan. doktor juga ambil inisiatif buat ujian thalesimia trait kerana dia mengalami kekurangan sel darah merah. ujian itu juga negatif. tiada tanda-tanda penyakit itu. kesimpulannya, kekurangan darah hanyalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. maka mulai hari itu, banyaklah besi yang dia perlu makan. doktor memberi tempoh 6 bulan untuk cuba hamil secara semulajadi. tapi Allah punya rancangan tersendiri. dua bulan kemudian dia disahkan mengandung. mungkin lain kali akan disambung ke siri lain cerita tentang kehamilan. walaupun baru beberapa tahun hidup bersama dengan dia, aku rasa begitu banyak sekali perubahan yang berlaku. begitu banyak sekali perkara menarik yang berlaku. dan setiap perkara yang berlaku itu aku nikmatinya dua kali ganda lebih dari sebelumnya. mungkin inilah yang dimaksudkan oleh ramai orang tentang teman jiwa, soulmate. walaupun tidak pernah bertemu sebelum kahwin, tidak pernah kenal, tidak pernah bercinta, tidak pernah bertemujanji makan-makan berdua-duaan, tapi tetap juga serasi kerana telah ditulis di Luh Mahfuz, aku dan dia adalah suami isteri. bercerita tentang itu, selepas bercerita-cerita kisah-kisah silam sama-sama, maklumlah baru nak berkenalan lebih rapat. tahulah aku dan dia juga bahawa sudah beberapa kali kami berdua ini ada peluang untuk berjumpa dan berkenalan. tetapi masa belum sampai. dia dulu bersekolah berhampiran dengan rumah aku. aku pernah ke sekolah itu menyertai satu pertandingan sebagai wakil sekolah. dia ada di situ. masa matrikulasi, aku pernah ke pusat matrikulasinya melawat teman-teman aku. dia ada di sana. ketika di universiti, aku beberapa kali ke kampusnya, melawat kakak pada teman aku. dia pun ada di situ. kawan-kawannya ramai adalah kawan-kawan aku juga. tapi berjumpa dan berkenalan di masa dan tempat yang berbeza-beza. jadi sememangnya kalau dah jodoh itu tidak ke mana dan tunggu masa sahaja. tidak lambat sedikit, tidak juga cepat sedikit. memang ya tidak semua ciri yang ada seperti yang aku impikan. tapi apakah aku ini sama seperti yang dia impikan? kurang atau lebih, baik atau buruk, cantik atau hodoh, itulah suami isteri. mana yang kurang pada isteri, suami patut baikkan. mana yang kurang pada suami isteri patut baikkan. mana yang lebih pada kedua-dua, sama-samalah nikmati. barulah rumahtangga rukun damai aman harmoni. bergaduh berperang bertekak bertegang leher itu perkara biasa. lumrah rumahtangga. orang kata lelaki lebih rasional pada perempuan, jadi suami-suami jadilah lebih rasional. dan ingatlah, tindakan isteri kita mungkin mengikut emosi, jadi maafkanlah. kerana emosi tanpa rasional badan merana, rasional tanpa emosi tempa bencana. ikut hati mati, ikut rasa binasa. kenapa bab ini bertajuk permulaan? kerana inilah permulaan kepada aku hidup bersama dengan dia. walaupun aku bukannya seorang pujangga yang menulis bahasa berbunga-bunga menyentuh rasa siapa yang membaca. aku juga bukan jenis romantik-yang-tak-boleh-tolong dengan dia. atau sesiapa pun keseluruhannya. tapi aku terasa terpanggil untuk mengabadikan kisah cinta aku dan dia di alam maya ini. sebagai satu tanda penghormatan kepada dia yang begitu setia bekorban selama ini untuk aku dan keluarga. biar satu dunia tahu aku memang berbangga mempunyai dia di sisi. 1:34 PM - 19-Dec-2007 - comments {5} - post commentaku dan dia 3aku bukannya seorang pujangga yang menulis bahasa berbunga-bunga menyentuh rasa siapa yang membaca. aku juga bukan jenis romantik-yang-tak-boleh-tolong dengan dia. atau sesiapa pun keseluruhannya. tapi aku terasa terpanggil untuk mengabadikan kisah cinta aku dan dia di alam maya ini. sebagai satu tanda penghormatan kepada dia yang begitu setia bekorban selama ini untuk aku dan keluarga. biar satu dunia tahu aku memang berbangga mempunyai dia di sisi. ketika senang dia sama-sama ketawa. ketika duka dia sama-sama menangis. ketika sakit dia sama-sama merasa. ketika sihat dia sama-sama gembira.
Bab 3
aku dan dia mula perawatan dengan berjumpa pakar sakit puan atau lebih popular dengan panggilan pakar o&g. pemeriksaan pertama tidak menunjukkan sebarang keganjilan. normal sahaja katanya. lalu diberi chlomid iaitu hormon untuk merangsang penghasilan benih. diarahkan makan untuk 3 pusingan sambil cuba untuk hamil secara semulajadi. tiada apa yang berlaku selepas 3 pusingan. pertemuan kedua diarahkan supaya tambah dos chlomid. juga diarahkan aku terlibat sama. perlu diuji bilangan sperma yang dihasilkan. ujian pertama bilangannya sedikit kurang dari yang biasanya diperlukan untuk kehamilan normal. tetapi setiap ujian sperma perlu dibuat lebih dari sekali. kerana sperma tidak dapat hidup lama di luar badan. pada ujian kedua bilangannya normal. melebihi dari apa yang diperlukan. bukan itu sahaja. bentuk, pergerakan dan komposisinya juga normal. bermakna sekarang ini tiada masalah jika kami ingin anak secara semulajadi. tapi yang sebaliknya berlaku. setelah beberapa pusingan kitaran tiada apa-apa perubahan. beberapa macam ujian telah dilakukan lagi. ujian kandungan hormon pada hari ke-21 kitaran juga dibuat. perlu ambil darah dan uji. dia yang sememangnya takut pada jarum gagahkan juga diri untuk itu. dan keputusannya adalah normal. bukan itu saja. beberapa kali imbasan telah dibuat. ada kelihatan ovum yang bersaiz normal dan matang di dalam ovari. menunjukkan bahawa penghasilan ovum juga normal. imbasan dibuat bukan sahaja diluar tapi juga intra-vagina. dia sering mengadu sakit. aku hanya mampu memebelai-belai rambutnya buat mengurang rasa sakit. walhal aku rasa itu tidak memberi apa-apa kesan. setelah agak lama mencuba tapi tidak berjaya, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar kesuburan. pakar yang lebih faham dengan masalah yang kami hadapi. kami ke sebuah klinik kesuburan berhampiran. oleh kerana sebelum ini telah banyak ujian yang dibuat, maka urusan doktor pakar ini lebih mudah. tak perlu lagi dibuat ujian-ujian itu. dia cuma mengimbas untuk melihat keadaan ovari, tiub falopio dan rahim. setelah diimbas, didapati terdapat satu cyst atau ketumbuhan yang dipenuhi dengan darah dalam ovari kanan. juga didapati rahimnya juga tidak seperti normal. dalam istilah perubatannya bicornuate ovary. dinding atas rahim tidak rata. tempat embrio menempel tidak rata. diagnosisnya mengatakan itu yang menyukarkan untuk embrio melekat. jadi doktor mencadangkan supaya dijalankan pembedahan untuk membuang cyst dan membetulkan rahim. satu keputusan yang aku rasa amat besar pada dia. pembedahan. walaupun hanyalah kecil sahaja, iaitu menggunakan kaedah laproscopy atau menebuk tiga lubang sahaja, tapi tetap pembedahan juga. aku rasa inilah pengorbanan dia yang paling besar. kesanggupannya untuk menjalani pembedahan itu. doktor menasihatkan supaya dia dibius penuh. maknanya dia tidak akan sedar langsung sepanjang pembedahan tersebut. akan tetapi timbul pula satu masalah lain. bilangan sel darah merahnya kurang. anemic kata pakar bius. merbahaya jika dibius penuh. tapi atas keyakinan dan dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dia ingin teruskan juga. walaupun aku risau bukan kepalang. ya lah. apa saja boleh berlaku. hari pembedahan itu dia ditolak di atas katil dengan lengkap berpakaian pembedahan ke dewan bedah. aku hanya mampu melihat dia hilang sebalik pintu dewan pembedahan. beberapa minit kemudian doktor sampai dan katanya, don't worry. i'll take a good care of your wife. she'll be out in 1 hour. lega sedikit rasa hati. tapi debaran tetap ada. waktu itu jam 12.30 tengah hari. aku menunggu di luar dewan bedah. berseorangan. tiada siapa yang meneman. 1.30 petang. pintu dewan bedah dibuka. bukan doktor yang keluar. 1.45 petang. masih belum ada sesiapa yang keluar dari dewan bedah. 2 petang. pun tiada siapa yang keluar. 2.15 petang. 2.30 petang. 2.45. 3.00. setiap kali pintu terbuka pasti aku melompat bangun dari kerusi. bukan doktor juga yang keluar. aku sudah berkali-kali naik dan turun. keluar dan masuk hospital. baring duduk berdiri. minum air buang air. solat makan jalan-jalan. tapi masih tidak juga keluar lagi doktor dari dewan bedah. apa yang sedang berlaku di dalam sana? aku sudah tidak melihat jam lagi ketika ini. mata melekap ke pintu dewan bedah. pantang ada sedikit bunyi seperti pintu terbuka, pasti aku akan menoleh tengok. akhirnya, pintu terbuka dan doktor keluar. mata bertentang mata antara aku dan dia. tiada sebarang ekspresi darinya. aku rasa semuanya bergerak dalam gerak perlahan. aku tunggu riak wajahnya berubah. senyumkah atau wajah-tanpa-perasaan. perlahan-lahan bibirnya meriak senyuman. ketika itu tahulah aku bahawa semuanya selamat. pembedahan berjaya. dia selamat. aku hulur tangan bersambut salam dengannya. lalu doktor menjelaskan bahawa terdapat beberapa masalah ketika pembedahan. tapi bukan masalah yang perlu dirisaukan. pada asalnya pembedahan hanya untuk membuang satu cyst di ovari kanan dan membetulkan dinding rahim. tetapi berubah menjadi pembedahan untuk membuang dua cyst di kiri dan kanan, satu nodus di ovari kiri, satu fibroid di dinding luar rahim dan membetulkan dinding rahim. kerana itulah mengambil masa yang lama. terasa seperti satu batu besar telah diangkat dari bahu aku. ringan seringannya badan aku. doktor membenarkan aku masuk ke kawasan pemulihan selepas pembedahan untuk bertemu dengan dia. masih lagi dibawah pengaruh bius dia antara sedar dan tidak. ketika itu hanya tuhan yang tahu apa perasaan aku bila dapat melihat wajahnya dan mendengar suaranya yang mengadu sejuk. ... bersambung 3:03 PM - 18-Dec-2007 - comments {5} - post commentaku dan dia 2aku bukannya seorang pujangga yang menulis bahasa berbunga-bunga menyentuh rasa siapa yang membaca. aku juga bukan jenis romantik-yang-tak-boleh-tolong dengan dia. atau sesiapa pun keseluruhannya. tapi aku terasa terpanggil untuk mengabadikan kisah cinta aku dan dia di alam maya ini. sebagai satu tanda penghormatan kepada dia yang begitu setia bekorban selama ini untuk aku dan keluarga. biar satu dunia tahu aku memang berbangga mempunyai dia di sisi. ketika senang dia sama-sama ketawa. ketika duka dia sama-sama menangis. ketika sakit dia sama-sama merasa. ketika sihat dia sama-sama gembira.
Bab 2
seminggu selepas aku menyatakan hasrat untuk menyunting bunga dan dijadikan penyeri taman hidup aku, ayah telefon. dia mengkhabarkan yang dia telah berbincang dengan pihak sebelah dan bersetuju untuk pergi meminang hujung bulan nanti. satu berita yang menggembirakan. malah gembira itu rasanya tidak sesuai untuk menggambarkan perasaan aku. begitu besar sekali kuasa Allah. dan sememangnya benar sekali rezeki dari Allah datang dari sumber yang tidak disangka. bayangkan, tanpa bersua muka, maksud aku kedua keluarga, tanpa pernah bertemu walau sekali, malah mendengar suara pun tidak, mak dan ayah aku setuju. mak dan ayah dia pun setuju. jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Allah jua. Subhanallah! setelah isu itu selesai, berpakat-pakatlah adik-beradik aku untuk sertai rombongan meminang. cincin pertunangan mak yang belikan. katanya hadiah untuk aku. majlisnya ringkas sahaja. yang penting adalah merapatkan silaturrahim antara kedua keluarga. tiada bermadah tiada berpantun. terus kepada isu utama yang dibincangkan. tarikhnya ditetapkan pada cuti sekolah yang akan datang. kira-kira enam bulan dari hari itu. sebabnya, mak dan ayah aku akan ke mekah menunaikan haji. jika tidak, pasti lebih awal lagi. tidak perlu bertunang lama-lama. kedua-duanya telah mampu dan layak berkahwin. kenapa mesti ditangguh-tangguh? selesai majlis, rasmilah dia menjadi tunangan aku. haramlah pada orang-orang lain untuk meminangnya. walaupun begitu, tetap haram juga untuk aku memegang tangannya. dalam tempoh enam bulan bertunang itu, aku hanya bertemu dengan dia beberapa kali lagi. satu sebabnya ialah dia bekerja jauh dari tempat aku. dan sememangnya itu pesan dari ibu tersayang. jangan kerap sangat bertemu tanpa tujuan. jadi setiap kali pertemuan cumalah kerana urusan yang penting sahaja. urusan merancang majlis kenduri kahwin. kalau tak silap aku, cuma 5 atau 6 kali sahaja. dan ketika ini juga, aku mendapat hadiah hari jadi yang pertama. dari dia. enam bulan kemudian aku dan dia sah menjadi suami isteri. di satu pagi yang tenang, di sebuah masjid lama, dengan diperhatikan oleh saudara-mara dan rakan-rakan, dua kali lafaz. kali pertama saksi puas hati tapi kadi kata, elok kalau sekali lagi. nak menyedapkan hati. majlis kenduri kahwin meriah walau tiada pelamin bersanding, tiada kompang mengiring, tiada lagu-lagu kedengaran. ramai juga tetamu yang hadir. rasanya berpuas hati kerana pengantin sendiri yang menyambut di pintu. lauk-lauk rata-rata memuji sedap. tapi aku tak terasa sangat kesedapannya hari itu. seolah-olah seperti mimpi sahaja. tangan aku tidak pernah lekang dari memegang tangannya tatkala dia berada di samping. sukar sekali digambar perasaan pada ketika itu. gembira, takut, bahagia bercampur-baur. setelah semua tetamu berkurang, tinggallah aku bersama keluarga baru. sememangnya baru. ada saudara yang baru pertama kali bertemu. ada yang kali kedua. tapi aku rasa selesa sekali. mungkin mereka juga begitu. bergelak ketawa bergurau senda seolah-olah telah lama kenal. ketika ini baru aku merasa sememangnya lauk-lauk kenduri sedap. hujung minggu berikutnya, rombongan bertandang ke rumah aku pula. pada asalnya hanya ipar-duai sahaja yang hendak turut. tetapi sesampai di sana, ramai pula yang datang termasuk mak bapak saudara sekali. semua datang atas kehendak sendiri. dan atas belanja sendiri. aku dan dia diberi hadiah berbulan madu oleh adik-beradiknya. tiket kapal terbang dan hotel penginapan. tapi cuma selepas 2 bulan berkahwin baru kami dapat merealisasikannya. sebabnya, selepas kembali dari cuti 2 minggu, dia terpaksa terus kerja di luar kawasan. dan aku juga harus kembali bekerja. tiada ruang untuk cuti beberapa hari dan pergi menikmati cuti bulan madu. hampir 2 1/2 bulan kami PJJ (perkahwinan jarak jauh). Alhamdulillah, selepas itu permohanan bertukar mengikut suami diluluskan. dan kami pun mulakan hidup berumahtangga dalam erti kata yang sebenar. ketika inilah aku betul-betul memahami dia. mungkin tidak 100%, tapi semakin memahami. apa sukanya, apa bencinya, marahnya bila, geramnya berapa lama, rajuknya dipujuk bagaimana. tulus aku katakan, kami kerap bermasam muka. kerap bertegang urat. kerap juga menangis kerana marah. tapi semua itu adalah asam garam kehidupan. sedangkan lidah lagi tergigit. yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. ada ketika aku mengalah. ada ketika dia mengalah. ada ketika geram aku terpaksa diketepikan. marah aku terpaksa dibuang jauh-jauh. kerap kali aku cuba pahatkan dalam kepala aku, inilah isteri aku. kurang lebihnya dia tetap juga isteri aku. sukar untuk mengubah dia mengikut kehendak hati aku. tapi lebih mudah mengubah aku sesuai dengan keadaan dia. walaupun ada beberapa perlakuan melampaui batasan, tapi aku tahu dia tidak pernah maksudnya. dan setiap satunya tidak pernah disimpan dalam hati. apatah lagi diingati. sedang aku dan dia cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga, timbul pula cabaran yang sangat berat. lebih kepada dia sebenarnya. walaupun sudah setahun berlalu, tiada juga tanda-tanda bilangan ahli keluarga akan bertambah. sudah ramai yang bertanya itu dan ini. makin banyak juga berita yang diterima. orang itu sudah mengandung. orang ini sudah bersalin. masa beranjak lagi tapi masih tiada apa-apa perubahan. aku masih boleh menerimanya. tapi aku lihat dia begitu sukar sekali menerima hakikat keadaan. setiap kali menerima berita kehamilan atau kelahiran, dia pasti akan mula marah-marah. setiap yang aku buat ada saja salahnya. sering kali aku ditengking walau kesilapan hanya kecil sahaja. tapi tak lama kemudian dia menangis teresak-esak meminta maaf menyesali perbuatannya. kadang kala, air matanya menitis tiba-tiba dalam tidur. sayu hati aku melihatnya. begitu berat sekali penyeksaan pada emosinya. aku tahu umumnya masyarakat akan menyalahkan perempuan sekiranya perkahwinan tidak menghasilkan zuriat. perkara pertama yang disebut-sebut ialah isteri mandul. jarang sekali dikata suami yang mandul. tidak ramai juga yang mengaku masalah datang dari suami. semuanya kerana ego lelaki. tapi, ego aku cair tumpah jatuh bersama titisan air mata dia. aku tidak sanggup melihat dia terus-terusan menangis begitu. oleh itu aku dan dia berjumpa dengan doktor pakar untuk menentukan apa masalahnya. ... bersambung 11:18 AM - 17-Dec-2007 - comments {4} - post comment
|
||||
EFX2 Template Design © WelshPixie | |||||